"bebai"
Cara sebutan ialah 'be'-'bai' dalam melayu baku.
In english,can be pronounced as 'beer'-'bye' (closest sound i can think of)
Membawa maksud perlakuan yang tidak menggambarkan keceriaan/kegembiraan namun tidak pula sepenuhnya mempamerkan kedukaan/kesedihan. Ianya adalah perlakuan di mana si pelaku, orang yang sedang bebai, akan berkelakuan tidak gembira. Tahap ketidakgembiraan ini adalah berkadar lansung dengan tahap tekanan dalaman yang sedang dihadapi oleh si pelaku.
Untuk kemudahan memahami maksud 'bebai', disertakan contoh kronologi di bawah:
3.00pm: hafiz chong sedang bergembira bersama rakan-rakan di rumah sewanya sambil melayari laman web mencari kenalan
3.30pm: kegembiraan berterusan disusuli siulan girang dari hafiz chong (read:perlakuan yang menggambarkan hati senang)
3.50pm: hujan mulai turun dgn lebatnya
4.00pm: tiba-tiba kilat yang kuat telah menyambar modem streamyx lalu talian internet terputus dan ini juga bermaksud sejumlah wang pasti terpaksa dikeluarkan untuk mengganti modem yang telah rosak
4.01pm: hafiz chong berasa tertekan memikirkan perkara yang berlaku, lebih-lebih lagi apabila ianya membabitkan isu kewangan. Lalu, dia mula menunjukkan simptom bebai seperti:
1) tiada lagi siulan girang
2) tidak senyum apabila rakan-rakan cuba berjenaka
3) seboleh-bolehnya tidak ingin bercakap
Jika diteliti kronologi di atas,kita akan mendapati bahawa 'bebai' boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Kadar ketidakgembiraan yang ditunjukkan boleh berubah-ubah dari yg simple seperti bermuka masam, mencaci maki, bertumbuk dan tahap tertinggi ialah amuk.Penulis telah mengalami kesemua tahap tersebut dan kesimpulan yang dapat dibuat ialah keupayaan untuk menahan tekanan adalah sangat diperlukan dalam menangani masalah 'bebai'. Anda juga boleh mencontohi penulis dengan membuat satu blog seperti ini di mana anda dapat meluahkan tekanan apabila bebai. Tetapi, mungkin anda akan memaki orang yang membaca blog anda (yang mungkin telah membuat anda bebai) secara kasar dan keterlaluan. Akan tetapi, untuk apa menjaga hati orang lain sehingga diri sendiri menanggung tekanan dan akhirnya bebai?
In english, american or queen, we can translate the word, 'bebai' as 'moody'
Penulis dapat merasakan bahawa post ini akan bakal menjadi post yang paling sopan di dalam keseluruhan blog ini...
Oh ya,mungkin penulis tidak akan bebai pada hari ini kerana semuanya berjalan lancar
Monday, April 23, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
damn,great one.
sungguh tak muhong.
dari baca benda ni,aku boleh paham pasaipa sesuatu makhluk itu bebai.
keep up the good work!
*pap!pap!pap!
bila aku kata "aku nak bebai!" kt membe2 aku yg agak kl skit (atau key-ell,atau keh-ael atau apa2 la)depa tk faham.terpaksa aku bg mcm2 contoh.lebih baik aku tunjuk blog hg saja kt depa.mudah gheja!
Post a Comment